Norwich Ikat Snodgrass Tiga Tahun - Sukan | mStar

Norwich Ikat Snodgrass Tiga Tahun

Snodgrass bakal beraksi dalam EPL musim depan.
Snodgrass bakal beraksi dalam EPL musim depan.

KELAB Norwich City melengkapkan skuadnya musim baru nanti dengan mengikat pemain tengah Leeds, Robert Snodgrass selama tiga tahun.

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Canaries tanpa mengumumkan nilai yuran perpindahan sekali gus menjadi pemain ketiga yang dipilih pengurus Chris Hughton selepas Jacob Butterfield dan Steven Whittaker.

"Dia adalah seorang pemain yang mampu menarik perhatian saya dan dia juga kini berada di peringkat umur yang sempurna dengan pengalaman ketika di Leeds.

"Dia juga turut beraksi di peringkat antarabangsa bersama Scotland dengan perlawanan besar, begitu juga ketika di Elland Road," jelas Hughton dalam laman web kelab www.canaries.co.uk.

Snodgrass melakukan 193 penampilan dalam tempoh empat tahun bersama Leeds , menjaringkan 41 gol dan mencatatkan lima kap untuk negaranya .

Artikel Sebelum

Nasri Digantung Tiga Aksi Antarabangsa

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain