suria

Sukan Olimpik: Selsouli Bakal Digantung Selepas Positif Bahan Terlarang

Selsouli menjuarai acara 1,500 meter kejohanan IAAF Diamond League di Paris awal bulan ini.
Selsouli menjuarai acara 1,500 meter kejohanan  IAAF Diamond League di Paris awal bulan ini.
Selsouli menjuarai acara 1,500 meter kejohanan IAAF Diamond League di Paris awal bulan ini.

ATLET 1,500 meter dari Morroco, Mariem Alaoui Selsouli didapati positif bahan terlarang sekaligus menyaksikan dia tidak akan beraksi pada Sukan Olimpik di London bermula Jumaat (esok).

Pemegang pingat perak Kejuaraan Dunia Indoor 2012 ini juga pernah digantung dua tahun kerana penggunaan dadah dan kini Selsouli sekali lagi berdepan dengan hukuman seumur hidup mengikut peraturan Agensi Anti-Dadah Dunia (WADA).

Pelari berusia 28 tahun ini menjadi atlet pilihan untuk meraih emas dalam acara tersebut di London selepas mencatat tiga minit 56.15 saat untuk memenangi Paris Diamond League di Stade de France awal bulan ini.

Ia merupakan catatan terpantas dalam acara 1,500 meter sejak 2006 malah lebih baik empat saat daripada rekod peribadinya.

"Dadah terlarang jenis furosemide ditemui dalam sampel milik Alaoui Selsouli di Paris pada 6 julai 2012.

"Alaoui Selsouli diberikan haknya untuk membela diri dan berdasarkan keputusan sekarang, dia digantung buat sementara waktu daripada sebarang kejohanan olahraga.

"Berdasarkan undang-undang Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), dia masih berhak membuat rayuan yang perlu diadakan oleh Persekutuan Olahraga Morroco dalam tempoh tiga bulan akan datang," jelas jurucakap IAAF dalam satu kenyataan lewat Rabu.

Pada Ogos 2009, Selsouli digantung selama dua tahun apabila gagal dalam ujian dadah yang menggunakan Erythropoietin atau lebih dikenali dengan EPO.

Selain itu, pada Selasa lalu, WADA berkata, lebih 100 orang atlet ditangkap selepas gagal dalam ujian dadah sejak bulan lalu bagi mengelak penipuan berlaku sebelum aksi bermula.

Secara keseluruahn, sebanyak 6,250 sampel di analisis pada tahun ini yang menjadikan satu jumlah besar berbanding Sukan Olimpik sebelum ini.

Sebanyak 20 kes positif ketika di Beijing empat tahun lalu termasuk enam ekor kuda, berbanding 26 kes di Athens 2004.

Artikel Lain