suria

Kompany Sambung Kontrak Enam Tahun Bersama City

Kompany bersama trofi EPL yang dimenangi Man City baru-baru ini.
Kompany bersama trofi EPL yang dimenangi Man City baru-baru ini.
Kompany bersama trofi EPL yang dimenangi Man City baru-baru ini.

KAPTEN Manchester City, Vincent Kompany telah menyambung kontrak selama enam tahun dengan pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ini.

Pemain pertahanan antarabangsa Belgium yang mengetuai Man City menjulang trofi liga buat kali pertama sejak 1968, berbesar hati untuk meneruskan kontrak jangka masa panjang ini.

Kontrak baru ini turut dilaporkan dengan nilai gaji sebanyak £130,000 seminggu (RM 643,522 seminggu), namun jumlah itu tidak dapat mengatasi pendapatan dua lagi bintang kelab, Yaya Toure dan Carlos Tevez yang menerima gaji mingguan mencecah £200,000 (RM990,277).

Kompany memberitahu di laman web kelab, www.mcfc.co.uk: "Bagi saya, jika kamu berasa selesa di sesebuah tempat, kamu tidak perlu alasan untuk melihat tempat lain.

"Tugas di Man City bukan sekadar tanggungjawab pemilik atau pekerja-pekerja kelab di sini, tetapi ia juga adalah tugas saya."

"Saya telah berada di sini sejak dari mula lagi dan telah melihat dalam dan luar keadaan kelab. Dapat rasa sumbangan saya juga ada di sini.

"Saya sangat gembira apabila mengetahui akan berasa di sini dalam tempoh enam tahun lagi.

"Ia satu kelebihan bagi saya yang merasakan kelab memandang tinggi dengan kemampuan saya," tambahnya.

Artikel Lain