suria

Pemain Muda Baru Oscar Milik Chelsea

Oscar tiba di London bagi aksi Sukan Olimpik bersama skuad Brazil.
Oscar tiba di London bagi aksi Sukan Olimpik bersama skuad Brazil.
Oscar tiba di London bagi aksi Sukan Olimpik bersama skuad Brazil.

CHELSEA sah memiliki perancang utama Brazil, Oscar dari kelab Internacional pada Rabu.

Pemain berusia 20 tahun itu menyertai kelab juara Eropah dengan nilai £25 juta (RM123 juta).

Oscar dos Santos Emboaba Junior merupakan salah seorang pemain skuad Brazil dalam Sukan Olimpik di London dan turut membantu pasukannya menang 2-0 ke atas Britain pada aksi pemanas badan baru-baru ini.

Sementara itu, pemain tengah The Blues, Frank Lampard mengakui pihaknya kini sedang melalui tempoh untuk menerima muka-muka baru dalam skuadnya, namun dalam masa sama dia begitu teruja.

Sebelum ini Eden Hazard dan Marko Marin turut menyertai kelab ini.

"Kami telah membuktikan pasukan ini adalah sebuah skuad yang bagus pada separuh musim kedua tahun lalu.

"Manakala musim baru nanti saya jangkakan ia sedikit berbeza kerana kami mempunyai ramai pemain muda.

"Mungkin sedikit agak janggal ketika di padang kerana kami sudah lama bersama. Tetapi terdapat sesuatu yang istimewa mengenai pasukan ini dan itulah yang menjadi kelebihan," jelasnya dalam laman web kelab www.chelseafc.com.

Artikel Lain