suria

Singapura Sah Bertanding Boling Padang Piala Mahsuri

LANGKAWI: Singapura mengesahkan penyertaan mereka pada Kejohanan Boling Padang Langkawi 2012, bagi merebut Piala Mahsuri di sini mulai 10 hingga 15 Oktober ini.

Setiausaha Persatuan Boling Padang Kedah Datuk Shukri Ahmad berkata republik itu adalah negara asing pertama yang mengesahkan penyertaan.

"Pihak penganjur masih menunggu jawapan daripada beberapa negara yang diundang seperti Hong Kong, India, Filipina, Brunei dan China," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Kejohanan yang turut mempertanding beregu campuran itu juga terbuka kepada pemain-pemain dari kelab-kelab dan negeri-negeri di seluruh negara.

Beliau berkata lebih 80 pasukan termasuk India menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Persatuan Boling Padang Malaysia dan Persatuan Boling Padang Kedah itu, pada tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain