suria

Ferguson Akui Minat Moura, Nafi Ikat Persetujuan

Aksi Moura telah menarik minat Ferguson.
Aksi Moura telah menarik minat Ferguson.
Aksi Moura telah menarik minat Ferguson.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson menafikan sudah bersetuju dengan nilai pemain Brazil, Lucas Moura, namun mengesahkan berminat kepada bintang Sao Paulo itu.

Beberapa buah agensi media di Britain telah melaporkan Man United bersetuju dengan harga £26 juta (RM128) juta pemain berusia 19 tahun itu yang boleh beraksi sebagai pemain sayap mahupun penyerang.

"Itu tidak betul. Kami tidak pernah mencapai persetujuan untuk pemain tersebut. Kami memang berminat, tetapi sehingga kini kami tidak boleh mengaku bahawa dia adalah pemain Man United," katanya

Sementara itu, polisi perpindahan yang digunakan oleh pemilik kelab, Glaziar telah dikritik apabila mengambil masa panjang sehingga pemain yang disasarkan telah menyertai Chelsea (Eden Hazard) dan penyerang Arsenal, Robin van Persi juga dilihat tidak akan berada di Old Trafford biarpun kelab amat berminat dengannya.

Namun Ferguson yang telah mengikat Shinji Kagawa dari kelab Borussia Dorthmund dan Nick Powell (Crewe) mengakui masih mengintai beberapa nombor untuk diisi.

"Kami telah mengikat dua pemain baru sebelum ini iaitu Kagawa dan Powell. Kami yakin mereka merupakan pemain yang menakjubkan.

"Untuk masa ini kami masih mencari pilihan, dalam kata lain ingin menambah pemain lagi.

"Kami tidak akan bersenang lenang. Kami bekerja keras untuk membawa masuk pemain ke kelab," tambah Ferguson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain