suria

Jalur Gemilang Dinaikkan Di Perkampungan Olimpik

KUALA LUMPUR: Satu sudut kecil di kota London berubah menjadi 'Little Malaysia' apabila delegasi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) diberi sambutan mengalu-alukan kedatangan secara rasmi ke Perkampungan Olimpik, Ahad.

Dalam kenyataan pada Isnin, MOM berkata atlet dan pegawai Malaysia disambut oleh Datuk Bandar Perkampungan Olimpik, Sir Charles Allen.

Ketua kontinjen Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata: "Ia adalah indah, sangat berwarna-warni dakam keadaan mesra dengan memupuk semangat Olimpik.

"Sambutan itu dirancang dengan baik dan saya kagum dengan keringkasan majlis tetapi pada masa sama memberi kesan kepada peserta."

Ahmad Sarji berkata kontinjen Malaysia sudah bersedia untuk memulakan saingan merangkul emas pertama negara pada temasya Sukan Olimpik yang bermula Jumaat ini.

"Kami sudah tentu meletakkan sandaran emas kepada Datuk Lee Chong Wei dalam badminton tetapi juga tiga lagi sukan yang mana kita mempunyai peluang munasabah memperoleh pingat memanah, terjun dan berbasikal," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain