suria

Terbuka Australia: Nicol Bertemu Duncalf Pada Aksi Kelayakan

Nicol Ann David
Nicol Ann David
Nicol Ann David

MELBOURNE: Juara bertahan yang juga pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David dan pemain wanita yang ditewaskan beliau pada perlawanan akhir Terbuka Australia tahun lalu, Jenny Duncalf akan beraksi pada peringkat kelayakan pusingan pertama kejohanan itu, tahun ini.

Undian pemain wanita bagi Terbuka Australia 2012 di Canberra mulai 13 hingga 19 Ogos itu, dijalankan pada hujung minggu dengan lima daripada lapan pemain pilihan diundi beraksi pada peringkat kelayakan dalam pusingan pembukaan.

Pilihan ketiga Laura Massaro dari England, bekas juara dan pilihan kelima Annie Au dari Hong Kong, serta pemain pilihan ranking keenam Camille Serme dari Peranchis turut diundi beraksi pada peringkat kelayakan.

Pemain tuan rumah, Rachael Grinham yang juga pemain pilihan ketujuh kejohanan akan bertemu pemain Afrika Selatan Siyoli Waters, mendahului kemungkinan pertembungan dengan rakan senegaranya, Donna Urquhart dalam pusingan kedua.

Pemain ranking kelapan Kasey Brown akan berdepan pemain Denmark, Line Hansen.

Juara Kejohanan 2010 yang juga pilihan keempat Madeline Perry, akan bertemu pemain dari Malaysia Siti Munirah Jusoh. Turut beraksi pada pusingan kelayakan ialah juara 2009 Joelle King, dari New Zealand.

Pemain kelahiran Melbourne, Melody Francis akan bertemu pemain ranking ke-10 dari Malaysia Low Wee Wern, sementara pemain 'wildcard' dari Canberra Christine Nunn akan bertarung dengan pemain nombor satu dari India, Dipika Pallikal.

Undian bagi pemain lelaki dijalankan beberapa minggu lalu dengan juara bertahan, Ramy Ashour akan beraksi pada pusingan kelayakan manakala pemain rankig kedua, Peter Barker akan bertemu pemain dari Hong Kong, Max Lee.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain