suria

Malouda Kini Ketuai Senarai Perpindahan Chelsea

FLORENT MALOUDA kini mengetuai senarai pemain-pemain yang akan dijual oleh Chelsea sebagai langkah membuka laluan kepada pemain baru.

Sebelum ini Didier Drogba sudah pun mengucapkan selamat tinggal dengan berpindah ke kelab China.

Roberto Di Matteo kini berhadapan dengan situasi yang sama sepertimana bekas bosnya dahulu iaitu Andre Villas Boas yang dilantik dengan misi untuk 'membersihkan' skuad Chelsea daripada pemain-pemain veteran.

Malangnya cara beliau menangani isu tersebut telah mencetuskan pemberontakan dalaman selepas beliau melarang pemain-pemain seperti Nicholas Anelka dan Alex daripada menyertai latihan skuad utama.

Di Matteo berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan kerana hanya 25 orang pemain sahaja yang dibenarkan disenaraikan dalam skuad utama.

Oleh yang demikian beliau terpaksa membuat keputusan untuk melepaskan beberapa pemain veteran dan Malouda adalah salah seorang daripadanya.

Keputusan muktamad mengenai senarai pemain yang akan dijual akan diumumkan pada awal bulan depan.

Malouda, 32, masih mempunyai baki kontrak selama 12 bulan sahaja lagi dan kini merupakan salah seorang pemain yang menerima gaji mingguan yang tinggi iaitu sebanyak £70,000.

Dan untuk mengelaknya daripada menjadi ejen bebas menjelang penghujung kontraknya nanti, Chelsea berharap dapat menjualnya pada harga £5 juta.

Masalah Chelsea sekarang ialah untuk menyakinkan kelab lain supaya mengekalkan gajinya yang tinggi itu.

Selain Malouda, lain-lain pemain dalam senarai perpindahan termasuklah Yossi Benayoun, Gael Kakuta, Romelu Lukaku dan Kevin de Bruyne.

Yossi Benayoun dan Gael Kakuta turut dilihat sebagai 'surplus' kepada keperluan. Kedua-dua pemain sebelum ini telah dihantar ke kelab lain secara pinjaman.

Sementara Romelu Lukaku, Kevin De Bruyne dan Josh McEachran berkemungkinan besar akan dipinjamkan ke kelab lain sekiranya tidak ada pembeli buat masa ini.

Di Matteo kini dilihat sudah bersedia melakukan 'baik pulih' secara besar-besaran dengan kemasukan bintang Brazil, Oscar pada harga £25 juta dari Internacional.

Sebelum itu, Di Matteo telah memperkuatkan jentera serangannya dengan membawa masuk penyerang Belgium bernilai £32 juta Eden Hazard dan penyerang Jerman, Marko Marin pada harga £7 juta.

Di Matteo kini sudah mempunyai senarai penyerang yang berbisa iaitu Torres, Juan Mata, Marin, Oscar dan Hazard.

Artikel Sebelum

Artikel Lain