Olahragawan Sukma Terima Insentif Tambahan RM10,000 Daripada Kerajaan Terengganu - Sukan | mStar

Olahragawan Sukma Terima Insentif Tambahan RM10,000 Daripada Kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU: Olahragawan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, Abdul Mubin Rahim memperoleh kegembiraan berganda apabila kerajaan Terengganu mengumumkan insentif tambahan sebanyak RM10,000 sebagai menghargai kejayaannya itu.

Atlet angkat berat itu berkata, beliau secara peribadi sangat bangga dengan kejayaannya dan bersyukur dengan pemberian insentif khas itu, yang diumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

"Saya bersyukur kerana dapat menyumbang emas kepada kontinjen Terengganu namun apa yang lebih menggembirakan, saya berjaya memecah rekod kebangsaan dalam acara angkat berat yang mana ia merupakan misi besar saya pada Sukma kali ini.

"Jumlah imbuhan yang diberikan amat besar dan saya berhasrat menyimpan wang tersebut bagi kegunaan masa hadapan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Menteri Besar dan barisan exco di Wisma Darul Iman di sini, Rabu.

Atlet kelahiran Seberang Takir berusia 21 tahun itu, merupakan anak keenam daripada 13 beradik dan mula menceburi sukan angkat berat sejak dari zaman persekolahan.

"Di sebalik kejayaan saya, peranan jurulatih amat penting dalam menguruskan jadual latihan serta banyak memberi dorongan kepada saya melakukan yang terbaik bagi mengharumkan nama negeri.

"Kata-kata semangat daripada ibu juga adalah pencetus kejayaan saya ini. Walaupun keluarga tidak dapat hadir menemani saya di Pahang, saya sentiasa menghubungi ibu untuk mendapatkan lebih motivasi," katanya.

Abdul Mubin yang memenangi emas bagi kategori berat badan 77kg, dipilih sebagai olahragawan apabila mencipta rekod baru kebangsaan dengan angkatan 171kg dalam acara clean & jerk, memadamkan rekod lama 170kg bekas atlet negara, Mohd Hidayat Hamidon pada Kejohanan Kebangsaan di Pulau Pinang pada 2003. - BERNAMA

Artikel Sebelum

N. Sembilan Rancang Pinjam Pemain Sabah

Artikel Berikut

QPR Kalahkan Pilihan Sabah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain