suria

Man United Kekal Pasukan Terkaya Dunia

Pasukan Man United yang dikendalikan oleh Sir Alex Ferguson (kiri) kekal sebagai pasukan terkaya dunia.
Pasukan Man United yang dikendalikan oleh Sir Alex Ferguson (kiri) kekal sebagai pasukan terkaya dunia.
Pasukan Man United yang dikendalikan oleh Sir Alex Ferguson (kiri) kekal sebagai pasukan terkaya dunia.

KELAB bola sepak terkemuka Inggeris, Manchester United mengekalkan kedudukan sebagai pasukan terkaya daripada 50 senarai pasukan yang dikeluarkan oleh Forbes sekaligus didominasikan oleh francais Liga Bola Sepak National (NFL).

Juara 19 kali Liga Perdana Inggeris (EPL), yang kini dalam persediaan memasuki senarai bursa saham New York, bernilai USD2.23 bilion (RM7.06 bilion) meningkat USD1.86 billion (RM6 bilion) tahun lalu, menyaksikan 19 peratus kelebihan berbanding dengan pasukan di tempat kedua, Real Madrid (USD1.88 bilion).

Kesemua 32 francais meraih kedudukan dalam kelompok 10 teratas dalam senarai termasuk pasukan Dallas Cowboys, Washington Redskins, New England Patriots dan juara Super Bowl iaitu New York Giants.

Senarai 50 pasukan ini termasuk tujuh pasukan bola sepak.

Turut tersenarai ialah pasukan Arsenal yang jatuh tiga anak tangga di kedudukan ke-10 dan Barcelona mara ke tangga ke-8.

Kedudukan pasukan 10 teratas:

1. Manchester United (Football) - $2.23 billion

2. Real Madrid (Football) - $1.88 billion

T3. New York Yankees (MLB) - $1.85 billion

T3. Dallas Cowboys (NFL) - $1.85 billion

5. Washington Redskins (NFL) - $1.56 billion

6. Los Angeles Dodgers (MLB) - $1.40 billion

6. New England Patriots (NFL) - $1.40 billion

8. Barcelona (Football) - $1.31 billion

9. New York Giants (NFL) - $1.30 billion

10. Arsenal (Football) - $1.29 billion

Artikel Sebelum

Walcott Teruja Kembali Ke Asia

Artikel Lain