suria

SMK Lembah Keramat Julang Trofi Columbia Asia-COBRA

Pasukan SMK Lembah Keramat dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Ragbi Sekolah Columbia Asia-COBRA 2012 (15 sebelah).
Pasukan SMK Lembah Keramat dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Ragbi Sekolah Columbia Asia-COBRA 2012 (15 sebelah).
Pasukan SMK Lembah Keramat dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Ragbi Sekolah Columbia Asia-COBRA 2012 (15 sebelah).

PUCHONG: Sekolah Menengah Lembah Keramat dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Ragbi Sekolah Columbia Asia-COBRA 2012 (15 sebelah) selepas menewaskan SMK Seksyen 19 (Shah Alam) pada aksi akhir yang berlangsung Ahad lalu.

SMK Lembah Keramat mencatat keputusan 20-12 ke atas SMK Seksyen 19.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh SMK Tinggi Kajang.

Ketua Eksekutif Columbia Asia-Asia Tenggara, Kelvin Tan telah menyampaikan trofi kejuaraan bersama Penolong Pengarah Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, Mohd Hamry Ismail.

Sebanyak lapan buah sekolah menengah terlibat dengan perlawanan ini termasuk SMK Tinggi Kajang, SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Kajang), SMK Tinggi Setapak, SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SMK Seksyen 24 Shah Alam, SMK Seksyen 19, Shah Alam, SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan SMK Puchong Utama 1.

Program yang mendapat sokongan penuh daripada pihak sekolah, ibu bapa dan peminat-peminat sukan ragbi tanah air ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam acara ini di peringkat akar umbi.

Sebelum itu, Program Sukan Ragbi Sekolah Columbia Asia-COBRA diadakan dengan program Klinik Kejurulatihan Ragbi melibatkan pelajar-pelajar di Lembah Klang pada 16,17, 23 dan 24 Jun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain