suria

Rusia Sahkan Pelantikan Capello Sebagai Pengurus Skuad Kebangsaan

Fabio Capello
Fabio Capello
Fabio Capello

PERSEKUTUAN BOLASEPAK RUSIA (RFU) telah mengesahkan bahawa bekas pengurus pasukan England, Fabio Capello telah bersetuju untuk melatih skuad itu.

Naib Presiden RFU, Nikita Simonyan dipetik sebagai berkata: "Hari ini (Isnin) kami telah mencapai persetujuan untuk melantik Fabio Capello sebagai pengurus pasukan kebangsaan Rusia yang baru."

Katanya lagi, perincian mengenai kontrak dan pelantikan Capello akan diselesaikan di Moscow sama ada Rabu atau Khamis ini.

Dan Capello pula dipetik sebagai berkata sekiranya segala-galanya berjalan lancar sebagaimana yang dirundingkan dan diumumkan oleh RFU, beliau berasa gembira untuk menurunkan tandatangannya.

Sejak meletakkan jawatan sebagai pengurus England Februari lalu, Capello telah berehat panjang dan tidak memberi sebarang komitmen untuk kembali menguruskan mana-mana kelab bolasepak.

Tetapi sebaik sahaja Rusia tersingkir awal dari kejohanan Euro 2012, tiba-tiba namanya muncul sebagai calon popular untuk mengambil alih jawatan pengurus.

Artikel Sebelum

Artikel Lain