suria

Sukma 2012: Terengganu Pertahan Emas Sepak Takraw Lelaki

KUANTAN: Skuad sepak takraw Terengganu berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut apabila menumpaskan Wilayah Persekutuan 2-0 dalam acara berpasukan lelaki di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Ahad. Pada perlawanan akhir itu, Terengganu menguasai saingan apabila regu A mereka menewaskan regu A Wilayah Persekutuan 15-11, 15-4.

Terengganu meraih mata kemenangan menerusi regu B yang menundukkan regu B Wilayah Persekutuan 17-16, 15-13.

Pingat gangsa acara itu milik pasukan Kelantan dan Pulau Pinang.

Dalam kategori wanita berpasukan, Pulau Pinang berjaya meraih pingat emas setelah menewaskan Sarawak 2-1.

Bagaimanapun, Sarawak terlebih dahulu berada di depan apabila regu A mereka menewaskan regu A Pulau Pinang 15-12, 15-12.

Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan menerusi regu B mereka yang menundukkan regu B Sarawak 15-2, 15-8.

Aksi penentuan ternyata berpihak kepada skuad Pulau Pinang menerusi regu C mereka yang menewaskan Sarawak 15-12, 15-9.

layah Persekutuan dan Kedah meraih gangsa dalam acara tersebut.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain