suria

Rizal Naik Podium Di Litar Speedway Fuji

Rizal (kiri) meraih tempat kedua pada perlumbaan Pusingan Dua Lamborghini SuperTrofeo Asia 2012 di Fuji, Ahad.
Rizal (kiri) meraih tempat kedua pada perlumbaan Pusingan Dua Lamborghini SuperTrofeo Asia 2012 di Fuji, Ahad.
Rizal (kiri) meraih tempat kedua pada perlumbaan Pusingan Dua Lamborghini SuperTrofeo Asia 2012 di Fuji, Ahad.

PELUMBA tunggal Lamborghini negara, Rizal Ramli berjaya menaiki podium bagi kedudukan kedua pada perlumbaan Lamborghini SuperTrofeo Asia 2012 yang berlangsung di Litar Speedway Fuji pada Ahad.

Rizal mencatat masa keseluruhan 50'53.677 saat di belakang pelumba BBT China, Anthony Davide (50'48.655s), namun pelumba dari pasukan Lamborghini Kuala Lumpur itu berjaya merekodkan masa terpantas iaitu 1'47.941s.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada team Lamborghini Kuala Lumpur kerana berkerja keras sepanjang perlumbaan ini.

"Saya akan berusaha dengan lebih baik untuk perlumbaan akan datang," jelas Rizal dalam satu kenyataan, Isnin.

Selain Malaysia, beberapa negara Asia lain turut terlibat termasuk Hong Kong, China, Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan, Mongolia, Macau, Australia, dan Indonesia.

Perlumbaan Lamborghini SuperTrofeo Asia merupakan siri perlumbaan bagi jenis kereta yang sama iaitu Lamborghini Gallardo LP560 dan berlangsung selama 50 minit tanpa henti.

Malah perlumbaan yang mendapat tarikan ramai ini juga merupakan kejohanan pertama yang dilangsungkan di Asia tahun ini.

Perlumbaan di Fuji adalah pusingan kedua selepas perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang pada 27 Mei lalu.

Perlumbaan Pusingan 3 seterusnya akan diteruskan di Ordos China pada Ogos ini, diikuti Zhuhai (China), Panbay (Taiwan) dan kembali ke Shanghai, China.

Keputusan Pusingan 2:

Pertama:Anthony Davide-BTT China

Kedua: Rizal Ramli Lamborghini- Kuala Lumpur

Ketiga: Charlie Ro Charlz - Singapura

Jadual perlumbaan:

26,27 Mei 2012- Litar Antarabangsa Sepang

14,15 Julai 2012-Fuji, Japun

18,19 Ogos -Ordos, China

15,16 Sept-Zhuhai, China

6,7 Oct-Pan Bay,Taiwan

10,11 Nov-Shanghai,China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain