suria

Piala Yamaha ASEAN: Thailand Julang Trofi Tewaskan Malaysia

Skuad Bawah 13 Tahun Thailand berjaya mempertahankan trofi Piala Yamaha Asean buat kali kedua berturut-turut.

PETALING JAYA: Impian untuk meraih gelaran juara buat kali pertama bagi pasukan Malaysia Kuning musnah apabila tewas 1-2 kepada Thailand pada aksi akhir Piala Yamaha Asian Bawah 13 Tahun di Stadium MBPJ, Ahad.

Skuad Malaysia Kuning yang dipimpin jurulatih Mohamad Haris Lajid gagal meyekat kemaraan skuad Thailand biarpun mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan.

Edisi keempat kejohanan ini menyaksikan Thailand berjaya mempertahankan trofi yang dijulang tahun lalu sekali gus menjadi pasukan pertama memenangi dua kali gelaran juara.

Kegagalan skuad Malaysia ini juga menyaksikan kali kedua tewas pada aksi final selepas turut tewas kepada Vietnam (4-0) pada edisi pertama kejohanan 2008.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain