suria

Newcastle Cuba Pikat Kembali Carroll

Andy Carroll
Andy Carroll
Andy Carroll

NEWCASTLE cuba memancing penyerang Liverpool, Andy Carroll untuk dibawa ke Tyneside.

The Magpies menaruh minat untuk mendapatkan kembali bekas pemainnya itu yang sebelum ini dijualkan kepada The reds dengan nilai £35 juta (RM173 juta) pada Januari tahun lalu.

Spekulasi timbul apabila penyerang England ini tidak menjadi pilihan bagi rancangan jangka masa panjang pengurus baru, Brendan Rodgers.

Sementara itu, Liverpool telah mengikat Fabio Borini dari Roma awal minggu ini.

Carroll menjadi perhatian peminat-peminat The Reds musim lalu walaupun turut menerima kritikan pada penghujung musim.

Pemain berusia 23 tahun ini turut menerima reaksi positif selepas membantu England menewaskan Sweden pada aksi Euro 2012 baru-baru ini menerusi tandukannya, namun selepas itu dia hanya menjadi pemain simpanan ketika perlawanan bertemu Ukraine dan Itali.

Selain Newcastle, West Ham juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Carroll bagi aksi musim depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain