suria

MotoGP: Lorenzo Raih Juara Di Mugello

Lorenzo raih kemenangan kelima musim ini di Mugello.
Lorenzo raih kemenangan kelima musim ini di Mugello.
Lorenzo raih kemenangan kelima musim ini di Mugello.

PELUMBA Yamaha, Jorge Lorenzo memenangi Pusingan 9 MotoGP Itali di Mugello sekali gus mengukuhkan kedudukan kejuaraan dunia.

Pelumba Sepanyol itu mendahului di depan rakan senegara Dani Pedrosa sejak selekoh kedua hingga ke garisan penamat biarpun dikejar rapat oleh rakannya itu.

Kemenangan ini menjadi trofi kelima Lorenzo daripada sembilan perlumbaan musim ini.

"Sepanjang hujung minggu ini saya menunggang dengan bagus dan sempurna.

"Ia satu perlumbaan yang sukar, saya tidak fikir mampu menjarakkan diri, Pedrosa sering mengekori tapi akhirnya saya berjaya melakukannya dan menunggang dengan lebih tenang.

"Saya gembira untuk meraih mata maksimum," jelas Pedrosa.

Juara dunia 2010 itu kini mengumpul 185 mata, 19 mata di depan penunggang Honda, Pedrosa di tangga kedua.

Kedua-dua pelumba itu menguasai perlumbaan, dengan Pedrosa turut menamatkan saingan lima saat di depan pelumba di tangga ketiga dari Itali, Andrea Dovizioso.

Dovizioso menduduki tangga ketiga di depan Stefan Bradl, Valentino Rossi, Cal Crutchlow dan Nicky Hayden, yang semuanya dipisahkan dua saat antara satu sama lain.

Casey Stoner, yang menduduki tangga ketiga kejuaraan sebelum perlumbaan dan bermula di petak kelima, berakhir di tangga kelapan selepas tersalah congak satu selekoh dan terbabas dengan baki 13 pusingan.

Keputusan penuh:

1. Jorge Lorenzo 41:37.477

2. Dani Pedrosa +05.223

3. Andrea Dovizioso +10.665

4. Stefan Bradl +10.711

5. Valentino Rossi +11.695

6. Cal Crutchlow +12.060

7. Nicky Hayden +12.235

8. Casey Stoner +30.617

9. Hector Barbera +31.728

10. Alvaro Bautista +34.589

Kedudukan pelumba selepas Pusingan 9:

1. Jorge Lorenzo 185 mata

2 . Dani Pedrosa 166

3. Casey Stoner 148

4. Andrea Dovizioso 108

5. Cal Crutchlow 95

6. Valentino Rossi 82

7. Stefan Bradl 75

8. Nicky Hayden 74

9. Alvaro Bautista 73

10. Ben Spies 66

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain