Khir Akyazlan Raih Emas Menerusi Pukulan 'Ko' - Sukan | mStar

Khir Akyazlan Raih Emas Menerusi Pukulan 'Ko'

KUANTAN: Petinju Kelantan, Khir Akyazlan Azmi mengambil masa kurang dari seminit untuk meraih pingat emas kategori berat badan 69kg lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 apabila menumbangkan petinju tuan rumah Nor Azman Atan pada Ahad.

Pada aksi di Dewan Bitara Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin di sini, tumbukan ceduk tangan kanan Khir Akyazlan ternyata tidak dapat diduga apabila tepat di muka Nor Azman menyebabkan lawannya itu tersungkur.

Pingat emas acara itu milik Khir Akyazlan setelah memenangi pertarungan dengan kiraan kalah mati (KO) manakala perak milik Nor Azman.

Gangsa dimenangi petinju Perak, Rizzo Autalimus dan Muhammad Sufian Abdullah dari Terengganu.

Khir Akyazlan, 20, berkata, beliau berpuas hati dengan kejayaan pada Ahad dan bangga dapat menyumbang pingat kepada kontinjen Kelantan.

Kejayaan ini adalah hasil usaha latihan secara bersungguh-sungguh yang dilakukan sebelum ini," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Anggota Tentera Laut Diraja Laut (TLDM) itu berkata, beliau akan cuba memperbaiki teknik dan kemahiran dari semasa ke semasa terutama menguasai sepenuhnya teknik tumbukan 'upper cut' dan ceduk untuk mencari kemenangan secara KO atau TKO (kalah mati teknikal).

"Banyak perkara lagi perlu saya perbaiki sebelum layak digelar petinju profesional," kata pemenang pingat gangsa Sukan SEA di Palembang, Indonesia pada tahun lepas.

Khir Akyazlan berkata, tumpuannya selepas ini adalah melakukan persiapan bagi menghadapi Sukan SEA Myanmar, tahun depan.

"Saya hanya rasa puas dan berbaloi jika dapat menang pingat emas di Myanmar nanti," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain