suria

Sukma Ke-15 Antara Yang Terbaik - Ahmad Shabery

KEMAMAN: Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) kali ke-15 yang sedang berlangsung di Kuantan, Pahang, dianggap paling baik berdasarkan tiada rungutan atau aduan dalam kalangan kontinjen negeri.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau berpuas hati kerana penganjuran kejohanan yang bermula 7 Julai itu tidak menerima sebarang teguran atau aduan terutama dalam sukan-sukan yang dianggap subjektif.

Bagaimanapun, katanya beliau akan mengkaji sebarang kelemahan yang perlu diperbaiki supaya ia tidak berulang pada temasya akan datang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Kemaman di sini Sabtu.

Ahmad Shabery berkata Pahang adalah sebuah negeri yang dirasa amat 'sporting sekali' dalam penganjuran Sukma kali ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain