suria

Piala Yamaha Asean B13: Malaysia Kuning Mara Ke Final Bertemu Thailand

PETALING JAYA: Malaysia Kuning mara ke final Piala Yamaha Asean Bawah 13 Tahun selepas menumpaskan Vietnam 8-0 pada aksi separuh akhir di Stadium MBPJ, Sabtu.

Vietnam yang muncul juara edisi pertama kejohanan ini pada tahun 2008 gagal mengekang serangan skuad Malaysia Kuning yang dikendalikan oleh Mohamad Haris Lajid.

Menunggu Malaysia Kuning pada aksi akhir ialah juara bertahan, Thailand yang telah menumpaskan satu lagi pasukan negara, Malaysia Biru dengan kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan berasingan, Sabtu.

Kali terakhir skuad negara mara ke final ialah pada 2008, namun tewas 0-4 kepada Vietnam.

Jadual perlawanan akhir Piala Yamaha Asean B13 2012, Ahad:

Malaysia Kuning lwn Thailand (4.50 petang)

Artikel Berikut

Artikel Lain