suria

Sukma 2012: Selangor Juara Keseluruhan Akuatik

Kuartet renang 4x100 meter rampaian lelaki Selangor berbangga dengan kejayaan apabila berjaya mencatat rekod baru dengan catatan masa 3:53.90 pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, Khamis.
Kuartet renang 4x100 meter rampaian lelaki Selangor berbangga dengan kejayaan apabila berjaya mencatat rekod baru dengan catatan masa 3:53.90 pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, Khamis.
Kuartet renang 4x100 meter rampaian lelaki Selangor berbangga dengan kejayaan apabila berjaya mencatat rekod baru dengan catatan masa 3:53.90 pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, Khamis.

KUANTAN: Pasukan akuatik Selangor menakluki kolam renang Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota di sini selepas berjaya menamatkan kemarau lebih 10 tahun dengan mengumpul 13 pingat emas, lapan perak dan 16 gangsa.

Sarawak di tangga kedua dengan pungutan 11 emas, lima perak dan tujuh gangsa manakala Wilayah Persekutuan di tempat ketiga dengan 10 emas, 13 perak dan 10 gangsa.

Pengurus pasukan Selangor, Mark Chua berkata beliau sangat gembira dengan semangat atletnya dan yakin Selangor akan terus melahirkan perenang negara yang kompetitif.

"Sasaran saya hanya 11 emas, sembilan perak dan 11 gangsa. Memang satu kejutan, saya sangat berbangga dengan perenang dan penerjun Selangor. Perenang kita bukan terdiri daripada atlet kebangsaan, itu paling membanggakan buat pasukan," katanya kepada pemberita di sini.

Selangor mengumpul 11 pingat emas, lapan perak dan 13 gangsa bagi acara renang dan dua emas dan tiga perak bagi acara terjun. Pada acara renang yang melabuhkan tirainya hari ini, empat rekod kejohanan berjaya dicipta dalam acara 100 meter kuak lentang wanita; 1,500m gaya bebas lelaki; 4x100 meter rampaian wanita dan lelaki.

Bagi acara 1,500m gaya bebas lelaki, Vernon Lee mewakili Sarawak dengan catatan masa 15 minit 53.67 saat memecah rekod kejohanan milik perenang, Kevin Yeap iaitu catatan masa 15:59.08 saat pada tahun 2010.

Vernon mengetepikan perenang Johor, Tia'a Faang Der (16:57.18s) bagi pingat perak manakala Tan Gin Yu dari Wilayah Persekutuan (16:59.27s) gangsa.

Bagi acara 100m gaya kuak lentang wanita, Chan Kah Yan yang mewakili Wilayah Persekutuan dengan catatan masa 1:05.31s memecah rekod kejohanan milik perenang, Carmen Ooi iaitu catatan masa 1:05.50s pada tahun 2008.

Chan menewaskan perenang Selangor, Caroline Chan (1:08.76s) untuk perak manakala Chris Tan dari Sabah (1:09.60s) gangsa.

Bagi kategori 4x100 meter rampaian wanita, Wilayah Persekutuan dengan catatan masa 4:23.17s memecah rekod sendiri 4:25.82s yang dicatat pada 2010.

Pingat perak menjadi milik pasukan Sarawak dengan catatan masa 4:28.14s dan gangsa Sabah (4:46.24s).

Bagi kategori 4x100m rampaian lelaki, Selangor dengan catatan masa 3:53.90s pula memecah rekod 3:58.75s oleh pasukan Wilayah Persekutuan pada 2010.

Wilayah Persekutuan dengan catatan masa 3:59.37s memperoleh perak dan Johor menerima gangsa hasil catatan masa 4:00.26s. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain