suria

QPR Ikat Taarabt Tiga Tahun

Adel Taarabt
Adel Taarabt
Adel Taarabt

ADEL Taarabt menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila menandatangai kontrak jangka masa panjang bersama Queens Park Rangers (QPR).

Pemain berusia 23 tahun menyertai QPR dari Tottenham pada tahun 2010 sebagai pemain pinjaman sebelum ini dikaitkan akan meninggalkan Loftus Road dan Paris St Germain menjadi sebutan destinasinya.

Namun, desas-desus itu berakhir apabila dia bersetuju untuk bersama QPR dengan kontrak tiga tahun.

"Saya sangat teruja untuk menandatangani kontrak ini. Apabila saya tiba di sini, secara jujurnya saya merasakan ia sekadar tempoh sementara.

"Saya akui sangat menyukai kelab dan penyokong-penyokong di sini yang banyak membantu saya sepanjang berada di sini.

"Saya bekerja keras dan berasa gembira bersama Mark Hughes.

"Kelab semakin berkembang setiap tahun dengan sesi latihan dan perancangan untuk mempunyai stadium baru sememangnya menarik minat saya.

"Tahun lalu saya merancang untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Kami berjaya mendapatkan dan sekarang kami perlu perbaikinya.

"Tiada siapa yang bercakap apa yang akan kami capai, tetapi kami benar-benar mahu berjaya dalam EPL ," katanya dalam laman rasmi kelab.

Artikel Lain