Paralimpik: Memanah, Olahraga Taruhan Malaysia Raih Pingat - Sukan | mStar

Paralimpik: Memanah, Olahraga Taruhan Malaysia Raih Pingat

PUTRAJAYA: Acara memanah dan olahraga menjadi taruhan terbaik negara meraih pingat pada Sukan Paralimpik London yang akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 9 September depan.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Zainal Abu Zarin berkata, kedua-dua sukan berkenaan mempunyai peluang cerah meraih pingat pada temasya sukan terbesar atlet kelainan upaya itu berdasarkan peningkatan prestasi atlet mereka.

"Atlet paralimpik kini bukan lagi berada di pinggiran, semangat juang mereka semakin meningkat dengan pengiktirafan yang diberikan kerajaan meraikan mereka bersama dengan atlet olimpik seperti di majlis hari ini (Rabu)," katanya.

Beliau ditemui Bernama selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dan Paralimpik London 2012 di Bangunan Perdana Putra, di sini Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Jalur Gemilang kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong selaku Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik serta Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sebagai Ketua Kontinjen negara ke Olimpik.

Seramai 13 atlet yang akan bersaing di Sukan Olimpik dan 16 atlet paralimpik menghadiri majlis berkenaan.

Atlet paralimpik negara yang akan beraksi di Sukan Paralimpik London ialah:

- Berbasikal: Mohd Khairul Hazwan Wahab, Khairul Naim Azhar.

- Memanah: Mohd Zafi Rahman Mat Salleh, Zulkifli Mat Zain, Hasihin Sanawi.

- Pelayaran: Al Mustakim Matrin, Nurul Amilin Balawi.

- Ping Pong: Koh Zhi Liang, Mohamad Azwar Bakar.

- Powerlifting: P.Mariappan, Sharifah Raudzah Syed Akil, Siow Lee Chan.

- Lawan Pedang: Abdul Rahman Razali.

- Renang: Zul Amirul Sidi Abdullah, Jamery Siga.

- Olahraga: Faridul Masri, Mohd Ziyad Zolkefli, Eryanto Bahtiar, Mohamad Saifuddin Ishak, Aderin Majurin, Hemala Devi Eni Kutty, Nursuhana Ramlan, Nor Syazwani Abdullah.

Pada Paralimpik Beijing 2008, kontinjen negara yang dibarisi 11 atlet hanya membawa pulang satu pingat gangsa daripada lima acara yang disertai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Maradona Dipecat Dari Al Wasl

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain