suria

Maradona Dipecat Dari Al Wasl

Diego Maradona
Diego Maradona
Diego Maradona

DUBAI: Bekas kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia, Diego Maradona telah dipecat sebagai jurulatih kelab Al Wasl dari Emiriah Arab Bersatu.

Beliau, 51 tahun, bersetuju mengikat kontrak dua tahun dengan Al Wasl pada Mei 2011, telah dipecat berikutan mesyuarat lembaga kelab itu pada Selasa.

"Mesyuarat yang diadakan oleh lembaga pengarah Al Wasl untuk menilai kakitangan teknikal Al Wasl di bawah kepimpinan jurulatih, Diego Maradona memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan jurulatih, Diego Maradona dan staf teknikal," menurut kenyataan kelab.

Spekulasi telah bertiup kencang bahawa peranan Maradona sebagai jurulatih bakal berakhir selepas peletakan jawatan ahli lembaga kelab itu pada bulan Jun dan digantikan dengan yang baru.

Artikel Lain