Tiga Rekod Sukma Diperbaharui Di Kolam Renang

KUANTAN: Sebanyak tiga rekod temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, Pahang lebur sebaik acara akuatik membuka tirainya di Kompleks Akuatik Wisma Belia, Indera Mahkota, di sini, Ahad.

Perenang Selangor, Caroline Chan membuat kejutan apabila berjaya memecah rekod kebangsaan dengan catatan masa terbaiknya 30.34s bagi acara 50m kuak lentang wanita. Beliau berjaya memadam rekod milik Chui Lai Kwan iaitu 30.39s.

Caroline mengatasi dua perenang dari Wilayah Persekutuan, Chan Kah Yan yang mencipta masa 30.35s dan Tan Rou Ying dengan masa 31.89s.

"Saya memang sangat gembira dengan pencapaian ini... memang tidak sangka dapat pecah rekod kebangsaan. Saya juga sangat berpuas hati sebab ini pingat emas pertama saya di sukan Sukma. "Saya telah membuat persediaan sejak dua tahun lepas, memang saya sasar untuk dapat pingat emas hari ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat. Caroline, 17, berkata beliau juga mensasarkan untuk meraih pingat emas dalam acara 200m kuak lentang esok. "Pingat emas hari ini juga saya mahu hadiahkan kepada ibu saya, Phang Siew Har kerana beliau sentiasa menyokong saya selama ini," kata perenang Pusat Akuatik Darul Ehsan itu.

Sementara itu, dua perenang yang berjaya memecah rekod kebangsaan adalah atlet elit negara Christina Loh dan Ian James Barr, masing-masing dalam acara 100m kuak dada wanita dan 50m kuak lentang lelaki.

Christina mewakili Wilayah Persekutuan mencipta rekod apabila mencatat masa 1 minit 12.41 saat berbeza dengan catatan masa sebelum ini iaitu 1:12.45s yang dicipta oleh Erika Kong.

Christina telah menewaskan dua perenang dari Selangor, Phee Jing En dengan catatan masa 1:14.99s manakala tempat ketiga milik Nadia Adrianna Redza, dengan catatan masa 1:15.26s.

Perenang elit negara, Ian mencipta rekod dengan catatan masa 26.86s iaitu memecah rekod peribadinya, 27.08s sebelum ini.

Ian yang mewakili Wilayah Persekutuan telah mengatasi perenang dari Sabah, Randall Pan Vui dengan catatan masa 27.85s manakala tempat ketiga menjadi milik perenang Wilayah Persekutuan Andrew Loh Weng dengan catatan masa 28.23s. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain