suria

Sukma 2012: P. Pinang Rampas Takhta Kejuaraan

KUANTAN: Selangor yang mendominasi pungutan emas dalam acara gimnastik berpasukan lelaki sepanjang 10 tahun Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) dianjurkan, akhirnya tunduk kepada pasukan Pulau Pinang pada edisi kali ini.

Pulau Pinang membuat kejutan tersebut dengan pungutan mata 305.45 berbanding Selangor yang mengumpul mata 298.65 pada acara itu di Kompleks Sukpa di sini malam Ahad.

Pengurus pasukan Pulau Pinang, Foong Kok Seng berkata kejayaan itu adalah hasil kerja keras anak buahnya yang telah mula menjalankan latihan berpusat sejak setahun lalu.

"Atlet-atlet kita juga sudah matang dan mempunyai banyak pengalaman. Itulah yang membantu Pulau Pinang untuk muncul juara kali ini," katanya kepada Bernama di sini.

Pulau Pinang mempamerkan aksi cemerlang dalam acara-acara yang dipertandingkan iaitu senam lantai, kekuda berpelana, gelang, melombol, palang sejajar dan palang tunggal.

Skuad itu dibarisi antaranya atlet kebangsaan Lim Yi Fan, Jeremiah Loo, Loo Phay Cheow, Saw Chao Wei, Saw Kin Kit dan Terence Tan.

Sementara itu pingat gangsa diraih pasukan Terengganu yang merekodkan mata keseluruhan 290.6. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain