suria

Federer Rangkul Kejuaraan Wimbledon Kali Ketujuh

Roger Federer menjulang trofi yang dimenanginya.
Roger Federer menjulang trofi yang dimenanginya.
Roger Federer menjulang trofi yang dimenanginya.

LONDON: Roger Federer berjaya menyekat impian Andy Murray untuk menjadi pemain British pertama memenangi kejohanan Wimbledon sejak 1936 selepas bangkit mencatat kemenangan 4-6 7-5 6-3 6-4 pada aksi final, awal pagi Isnin.

Pemain kelahiran Switzerland itu meraih gelaran Grand Slam ke-17 dan menyamai rekod kejuaraan kali ketujuh di gelanggang rumput yang dilakar Peter Sampras dari Amerika Syarikat.

Murray merupakan pemain British pertama mara ke final dalam acara di London itu sejak Bunny Austin tewas kepada Don Budge pada final 1938.

"Saya semakin hampir. Sokongan yang diberikan begitu menakjubkan, terima kasih semua. Saya mengucapkan tahniah kepada Roger. Dia juara yang hebat. Roger kini berusia 30 tahun. Dia bangkit meskipun bergelut dengan kecederaan belakang pada awal permainan," kata Murray.

Kemenangan itu membolehkan Federer merampas kembali ranking No.1 dunia yang sebelum ini menjadi milik Novak Djokovic.

Federer menjadi pemain pertama berusia 30 tahun yang memenangi Grand Slam selepas Andre Agassi merangkul trofi Terbuka Australia pada 2003.

"Saya percaya Murray akan memenangi sekurang-kurangnya satu kejuaraan Grand Slam. Ini harapan saya terhadapnya. Dia mempamerkan aksi terbaik sepanjang perlawanan ini. Saya juga berasa gembira kerana kembali bergelar juara. Ia pengalaman yang cukup indah," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain