suria

Sukma 2012: Olahraga Lubuk Emas Atlet Kelantan

KUANTAN: Kontinjen Kelantan yakin mampu meraih sekurang-kurangnya lima pingat emas menerusi acara olahraga di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang bermula secara rasminya ,Sabtu.

Ketua kontinjen Kelantan Zahari Zakaria berkata keyakinan tersebut diletakkan berdasarkan pengalaman yang ada pada 15 orang atletnya yang sebahagian besar terdiri daripada atlet pelapis kebangsaan.

"Kita yakin mampu mencapai sasaran tersebut kerana mempunyai atlet yang berpengalaman berbanding skuad olahraga negeri lain.

"Namun pada masa yang sama kita tidak memandang rendah kepada keupayaan atlet olahraga dari negeri lain," katanya.

Acara olahraga akan bermula pada Selasa ini di Stadium Darul Makmur melibatkan 23 acara yang menawarkan 135 pingat iaitu 45 pingat emas, 45 perak dan 45 gangsa.

Zahari berkata selain acara olahraga tumpuan pingat bagi kontinjen Kelantan turut disandarkan kepada acara tinju.

Pada edisi kali ini, Kelantan menghantar kontinjen dengan kekuatan 331 atlet dan pegawai dengan sasaran 16 pingat emas.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Webber Juarai GP Britain

Artikel Lain