suria

Sukma 2012: Kelantan Tersingkir Dalam Acara Bola Sepak

KUANTAN: Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini semalam tetapi lain pula cerita dengan skuad muda negeri itu pada Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012 apabila tersingkir daripada temasya sukan itu pada Ahad.

Kelantan gagal layak ke suku akhir apabila hanya menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan D selepas mengalahkan Melaka 4-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Darul Makmur di sini.

Wilayah Persekutuan, selaku johan kumpulan itu dan naib johan Negeri Sembilan layak ke pusingan suku akhir.

Jurulatih Kelantan, Nafuzi Zain, yang baru 20 hari memikul tugas itu, berkata faktor masa untuk membuat persiapan adalah penyebab utama kegagalan pasukan pantai timur itu mara ke peringkat seterusnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Webber Juarai GP Britain

Artikel Lain