suria

Sukma 2012: Pahang Yakin Mara Ke Final

KUANTAN: Skuad Pahang yakin mampu mara ke peringkat akhir acara bola sepak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-15 setelah layak ke suku akhir selepas berjaya menjadi johan kumpulan A.

Pada perlawanan kumpulan di Stadium Darul Makmur di sini, Ahad, Pahang mengatasi Sarawak 2-1.

Pahang akan menentang johan kumpulan D, Negeri Sembilan, pada pertemuan suku akhir Selasa ini.

Juara bertahan Terengganu pula muncul naib johan kumpulan A.

Jurulatih Pahang, Bahazenan Osman berkata beliau yakin anak buahnya dapat melangkah ke separuh akhir nanti dan seterus ke final. Turut sama mara ke peringkat suku akhir ialah Perak dan Selangor mewakili kumpulan B, Sabah dan Perlis pula mewakili kumpulan C, manakala Wilayah persekutuan dan Negeri Sembilan dari kumpulan D. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Webber Juarai GP Britain

Artikel Lain