suria

MotoGP: Zulfahmi Sedia Beraksi Di Litar Pilihan

Fahmi memastikan mental dan fizikal bersedia bagi perlumbaan hujung minggu ini.
Fahmi memastikan mental dan fizikal bersedia bagi perlumbaan hujung minggu ini.
Fahmi memastikan mental dan fizikal bersedia bagi perlumbaan hujung minggu ini.

PELUMBA Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin bakal meneruskan saingan beliau di dalam perlumbaan MotoGP kelapan yang bakal berlangsung di Litar Sachsenring, Jerman Ahad ini.

Zulfahmi kini berada di kedudukan kelapan di dalam kelas Moto3 berkata: "Litar Sachsenring adalah salah satu daripada litar pilihan saya kerana setiap pelumba akan menunjukkan aksi serta kelebihan masing-masing dan salah satu faktornya adalah kerana litar tersebut merupakan litar terpendek di dalam kejohanan MotoGP.

“Apabila bersaing di litar sepanjang 3.671 meter ini, sudah tentu saingan akan menjadi semakin sengit kerana setiap pelumba akan mempamerkan aksi terhebat mereka untuk mencatatkan keputusan cemerlang dan mengutip mata terbanyak."

Zulfahmi turut menjelaskan bahawa perlumbaan di dalam kelas Moto3 adalah sangat berbeza dengan perlumbaan di dalam kelas MotoGP kerana terdapat sekurang-kurangnya sepuluh orang pelumba yang berada di barisan hadapan untuk bersaing merebut kedudukan podium berbanding hanya tiga orang pelumba yang berada di barisan hadapan di dalam MotoGP untuk merebut podium.

Sepanjang tujuh pusingan MotoGP, Zulfahmi kini mengutip 49 mata dan memerlukan strategi yang mantap untuk melayakkan diri bersaing di dalam kelompok penunggang barisan hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Litara Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata Fahmi harus menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding perlumbaan yang lepas dan semestinya semua rakyat Malaysia menantikan perlumbaan pada kali ini.

“Saya juga yakin Fahmi telah banyak belajar daripada pengalaman beliau di setiap perlumbaan dan dengan keadaan fizikal serta keadaan jentera yang baik Fahmi akan mendapat keputusan yang membanggakan,” kata Razlan.

Litar Sachsenring yang mempunyai 13 selekoh ini telah mencatatkan kejuaraan buat pelumba 125cc dari Sepanyol, Hector Faubel pada tahun 2011 dimana pada perlumbaan tersebut Zulfahmi yang turut bersaing di dalam kelas 125cc ketika itu berada di tangga ke dua puluh empat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain