suria

Saya Tidak Akan Sambung Kontrak Dengan Arsenal: Van Persie

Van Persie tidak sambung kontrak bersama Arsenal.
Van Persie tidak sambung kontrak bersama Arsenal.
Van Persie tidak sambung kontrak bersama Arsenal.

PENYERANG Arsenal, Robin van Persie mengumumkan bahawa dia tidak akan menyambung kontrak bersama The Gunners.

Khabar angin penyerang prolifik akan meninggalkan Stadium Emirates menjadi kenyataan selepas Van Persie mengumumkan sendiri di laman web rasmi kelab.

"Ini berita terkini kepada penyokong-penyokong saya. Selama ini saya telah berdiam diri bagi menghormati dan menunjukkan kesetiaan kepada kelab seperti mana yang dipersetujui oleh Ivan Gazidis (Ketua Eksekutif kelab) dan Arsene Wenger (pengurus), tetapi sejak itu telah banyak spekulasi yang timbul.

"Tidak adil kepada kamu semua jika tidak mengetahui situasi sebenar setakat ini.

"Seperti yang diumumkan awal tahun ini, saya telah berbincang dengan bos dan Gazidis selepas tamat musim lalu. Perjumpaan tersebut mengenai masa depan kelab, strategi serta polisi kelab.

"Perkara mengenai kewangan atau kontrak tidak dibincangkan memandangkan itu bukan bidang saya.

"Secara peribadi, saya telah menempuh musim cemerlang tetapi sasaran saya adalah ingin membawa balik trofi dan menikmati musim yang lebih baik.

"Dengan rasa hormat tinggi kepada Wenger, pemain-pemain lain dan juga semua penyokong, saya tidak mahu memberitahu lebih jelas tetapi sayang sekali perjumpaan ini tidak memberi kepuasan kepada saya.

"Saya telah berfikir panjang dan mengambil keputusan tidak mahu menyambung kontrak bersama kelab ini. Saya juga sedar ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan saya ini, tetapi saya tetap menghormati pandangan itu.

"Saya menyayangi kelab ini serta penyokong-penyokong, tidak kira apa yang terjadi. Saya telah dewasa bersama pasukan Arsenal.

"Saya akan memberi maklumat terkini selepas Gazidis kembali bercuti dari Amerika Syarikat," jelas Van Persie yang masih berbaki kontrak setahun bersama Arsenal.

Pemain antarabangsa Belanda ini telah menjadi penjaring terbanyak liga musim lalu selepas berjaya mencipta 39 gol dalam 48 penampilan sekali gus menjadi tarikan kepada kelab-kelab terkemuka Inggeris dan Eropah.

Van Persi juga turut dikaitkan dengan kelab Manchester City dan Juventus.

Artikel Sebelum

Artikel Lain