suria

Peluang Sekolah Terima Kunjungan The Gunners

Joan Yeoh
Joan Yeoh
Joan Yeoh

PETALING JAYA: Salah sebuah sekolah terbaik daripada 20 buah sekolah menengah di sekitar ibu negara berpeluang menerima kunjungan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal semasa siri lawatan pra-musim kelab itu ke Malaysia 24 Julai ini melalui program Cabaran Gunners Antara Sekolah KL anjuran Nike.

Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Joan Yeoh berkata, melalui program tersebut, semua sekolah yang menyertai cabaran ini akan diuji melalui ujian kecergasan dan sekolah yang mencatat markah tertinggi bakal menerima kunjungan pasukan ini.

"Tahun ini, sekolah-sekolah yang mengambil bahagian akan dinilai berpandukan satu siri cabaran melalui sistem latihan dan penyesuaian Nike, iaitu Nike SPARQ.

"Semasa lawatan nanti, pelajar boleh mendengar kisah daripada pemain Arsenal selain mendapat gambaran eksklusif mengenai kehidupan mereka sebagai pemain bola sepak.

"Kami di Nike Malaysia sentiasa komited untuk memainkan peranan memajukan sukan bola sepak di dalam negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Cabaran Gunners Antara Sekolah KL di sini, Khamis.

Menurut Joan sekolah yang terpilih akan dimaklumkan pada 16 Julai ini sebelum menerima kunjungan pemain kelab EPL itu.

Sempena lawatan pasukan Arsenal ke Malaysia, peminat-peminat boleh mendapat tiket perlawanan Arsenal bernilai RM68 serta pas latihan untuk melihat pasukan Arsenal berlatih secara percuma dengan membeli jersi Arsenal di mana-mana kedai Nike dari 1 hingga 21 Julai.

Artikel Sebelum

Artikel Lain