Ranking Harimau Malaysia Terus Merosot, Jatuh Ke Tangga 157 - Sukan | mStar

Ranking Harimau Malaysia Terus Merosot, Jatuh Ke Tangga 157

KUALA LUMPUR: Keputusan satu seri dan satu kemenangan dengan Singapura pada perlawanan persahabatan antabangsa baru-baru ini menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam apabila berada di tempat ke-157 dunia.

Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menunjukkan skuad bimbangan Datuk K. Rajagobal itu merosot tiga anak tangga berbanding 154 pada bulan lepas.

Penurunan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni kedudukan ke-148 pada anuari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April, 153 (mei) dan tangga ke-154 bulan lepas.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Cuba (150), Bangladesh (151), Palestin (154) dan Kepulauan Faroe (155) yang diketahui umum kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang serta peralatan sukan.

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima di belakang Vietnam (120), Thailand (135), Filipina (152) dan Indonesia (153).

Pada peringkat Asia, Malaysia turun satu anak tangga ke kedudukan ke-28 daripada 46 negara.

Sementara itu, Sepanyol, yang menjuarai Kejohanan Eropah (EURO 2012) baru-baru ini, terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,691 mata.

Jerman, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, merampas tempat kedua daripada Uruguay selepas mengumpul 1,502 mata berbanding pasukan Amerika Selatan itu yang mengumpul 1,297 mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain