MOM Sahkan Azizah Fadzil Tidak Sertai Olimpik London - Sukan | mStar

MOM Sahkan Azizah Fadzil Tidak Sertai Olimpik London

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengesahkan atlet angkat berat wanita, Azizah Fadzil, tidak akan mewakili negara pada temasya Sukan Olimpik di London bulan ini setelah slotnya diberikan kepada atlet Vietnam.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata keputusan itu dimaklumkan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) kepada MOM, Selasa.

"Menerusi surat itu, kita telah dimaklumkan bahawa salah seorang atlet dari negara ketiga yang bertanding pada Kejohanan Kelayakan Zon Asia di Pyeongtaek, Korea Selatan, April lepas telah gagal ujian antidoping.

"Disebabkan peserta yang gagal dalam ujian antidoping, maka IWF telah membuat pengiraan semula kedudukan ranking negara yang bertanding di Korea Selatan dan memutuskan untuk memberikan slot tunggal negara kepada Vietnam disebabkan mereka mengutip 94 mata berbanding Malaysia yang hanya memperoleh 91 mata," katanya kepada Bernama, Selasa.

Atlet angkat berat berusia 21 tahun itu sebelum ini layak secara merit setelah berada di kedudukan keenam teratas dalam kategori 53kg pada kejohanan tersebut.

Namun perubahan ranking yang dilakukan IWF baru-baru ini, menyaksikan Vietnam yang menduduki tangga ketujuh keseluruhan sebelum ini, naik ke tangga ketiga manakala Malaysia berada di tangga ketujuh.

Hanya negara yang berada dalam ranking enam terbaik bagi zon Asia, layak mendapat slot ke London.

Sieh berkata MOM juga telah menyerahkan salinan surat itu kepada Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Zafarul Akhbar Kassim hari ini.

Sementara itu, Zafarul ketika dihubungi mengesahkan beliau telah menerima salinan surat tersebut.

"Kita akur dengan keputusan yang dikeluarkan IWF. Kecewa memang kecewa. Dalam surat tersebut dah cukup jelas menyatakan tiada slot untuk atlet kita. Saya turut memaklumkan perkara tersebut kepada Azizah," katanya.

Ditanya mengenai hala tuju Azizah selepas ini, Zafarul berkata badan induk angkat berat negara itu telah memutuskan untuk menghantar Azizah menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Pahang pada bulan ini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain