suria

Sukma 2012: Pahang Beri Insentif Khas Kepada Atlet, Pegawai Sukan

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan memberi insentif khas kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2012, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata atlet Pahang yang meraih emas pada temasya dwi-tahunan itu akan menerima insentif RM3,000, perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000).

Katanya insentif khas berkenaan juga akan diberikan kepada pegawai sukan dan teknikal serta anggota kumpulan sorak bagi menaikkan semangat mereka untuk terlibat dalam aktiviti kesukanan.

"Ia sebagai galakkan kepada rakyat khususnya anak-anak muda supaya menceburi bidang sukan yang mampu memberi kelebihan kepada mereka," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan Sukma ke-15, di sini, Isnin.

Bagi pegawai sukan dan teknikal, mereka bakal menerima insentif sebanyak RM150 sehari manakala atlet dan pasukan sorak menerima RM50 sehari.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FAM Tunggu Aduan Rasmi Kafa

Artikel Lain