suria

Prandelli Akan Terus Kendalikan Azzurri

Prandelli (kanan) bersama pemain-pemain selepas tamat final Euro 2012, Isnin.
Prandelli (kanan) bersama pemain-pemain selepas tamat final Euro 2012, Isnin.
Prandelli (kanan) bersama pemain-pemain selepas tamat final Euro 2012, Isnin.

JURULATIH Itali, Cesare Prandelli menegaskan akan terus mengendalikan Azzurri biarpun pasukannya tewas 4-0 kepada Sepanyol pada aksi akhir UERO 2012, Isnin.

Sebelum aksi , Prandelli memberitahu dia akan menilai masa depannya berdasarkan perlawanan akhir ini.

Namun selepas pasukannya tewas, Prandelli tambil memberi kenyataan mengenai masa depannya bersama pasukan.

"Masa depan saya telah tertulis, walaupun beberapa perlawanan saya sedikit kecewa, tetapi itu sudah terjadi.

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pentadbir, malah saya mempunyai hubungan baik dengan mereka. Ada projek yang kami akan kendalikan," jelas Prandelli yang mempunyai kontrak sehingga 2014.

Bekas jurulatih Parma dan Fiorentina yang mengambil alih jawatan ini daripada Marcello Lippi dua tahun lalu berkata, kekalahan di final ini sebenarnya memberi sesuatu yang perlu difikirkan.

Prandelli berkata, walaupun pasukannya tewas, dia amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya.

"Kami layak dengan kedudukan kelapan daripada sepuluh pasukan keseluruhan (kedudukan pasukan).

"Kami bermula kejohanan dengan beberapa masalah, kami mempunyai pasukan Sepanyol dalam peringkat kumpulan, dan saya fikir kami mengharungi perlawanan sukar.

"Namun apa yang jelas sebenarkan kami berusaha untuk mengembalikan kecergasan sebelum aksi final.

"Pemain-pemain telah menunjukkan semangat yang boleh menjadikan mereka pasukan pilihan. Mereka bekerja keras setiap peringkat.

"Mereka juga kalah dengan penuh bermaruah. Saya bangga dengan mereka," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FAM Tunggu Aduan Rasmi Kafa

Artikel Lain