suria

Wimbledon: Federer Terselamat Selepas Aksi Penuh Dramatik

Federer memenangi pusingan ketiga kejohanan tenis Wimbledon selepas dipaksa bekerja keras oleh Julien Benneteau dari Perancis.

LONDON: Juara lima kali Roger Federer terselamat untuk tersenarai dalam kelompok 16 pemain terakhir di kejohanan tenis Wimbledon selepas menewaskan pemain Perancis, Julien Benneteau dalam aksi penuh dramatik, awal pagi Sabtu.

Federer bangkit selepas ketinggalan dua set bagi mengekalkan pencapaiannya selama 10 tahun dalam kejohanan tersebut tidak tercalar.

Pemain nombor tiga dunia itu menang 4-6, 6-7 (3/7), 6-2, 7-6 (8/6), 6-1 ke atas Benneteau.

Federer akan bertemu pemain bukan pilihan dari Belgium, Xavier Malisse untuk mara suku akhir.

"Ia perlawanan yang sangat sukar dan saya mempunyai sedikit bertuah," kata Federer.

Dalam perlawanan berasingan, juara bertahan Novak Djokovic menyingkirkan seorang lagi pemain Republik Czech, Radek Stepanek 4-6, 6-2, 6-2, 6-2 di Centre Court.

Djokovic kembali menemui rentak permainan selepas tewas set pembukaan kepada pemain berusia 33 tahun itu.

Artikel Lain