Pusat Media Utama (MPC) Sukan Olimpik London 2012 Dibuka - Sukan | mStar

Pusat Media Utama (MPC) Sukan Olimpik London 2012 Dibuka

KUALA LUMPUR: Pusat Media Utama (MPC) bagi Sukan Olimpik 2012 London telah dibuka secara rasmi bagi menempatkan sehingga 6,000 anggota media berdaftar dari seluruh dunia membuat liputan temasya sukan itu.

MPC dengan keluasan 31,000 meter persegi merangkumi empat aras menyediakan ruang kerja untuk wartawan, juru kamera, penyiar serta menempatkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik (LOCOG) dan Sukan Paralimpik London.

"Kami menyediakan kemudahan canggih di MPC supaya media dapat menyampaikan cerita-certia luar biasa daripada temasya sukan itu," kata Pengerusi LOCOG Sebastian Coe dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di sini Jumaat.

"Ini merupakan venue pertama dalam Taman Olimpik yang dibuka dan kami sudah sedia menyambut media dunia untuk memperlengkapkan pejabat masing-masing," katanya.

MPC tersebut akan dibuka selama 52 hari.

London akan menghoskan Sukan Olimpik mulai 27 Julai hingga 12 Ogos ini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR