suria

Skuad Sukan Pantai Negara Timba Pengalaman Baru Di Haiyang

KUALA LUMPUR: Malaysia menyifatkan penyertaan ke Sukan Pantai Asia di Haiyang, China sebagai pengalaman yang berguna meskipun skuad negara gagal meraih sebarang pingat pada kejohanan yang berlangsung pada 16-22 Jun lepas.

"Atlet kita dapat belajar banyak perkara baru dari atlet negara maju seperti negara China dari segi teknik dan penggunaan alat sukan," kata ketua kontinjen negara Moira Tan, Rabu.

Tan bagaimanapun agak kecewa apabila sandaran utama negara, Aaliyah Yoong Hanifah gagal memenangi sebarang pingat dalam acara ski air apabila terjatuh ketika memulakan pertandingan dan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelapan.

"Ini adalah kali pertama Aaliyah jatuh kerana beliau rasa gugup dan gementar," katanya.

Aaliyah sebelum ini pernah meraih pingat emas dalam acara yang sama pada temasya Sukan SEA di Indonesia pada tahun lepas.

Pada kejohanan kali ini, Malaysia hanya mengambil bahagian dalam lima acara iaitu bola tampar pantai, woodball pantai, 'powered paragliding', ski air dan luncur angin.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain