suria

Euro 2012: Sepanyol Singkir Portugal Untuk Ke Final

Fabregas memberi kemenangan kepada Sepanyol menerusi sepakan penalti terakhir pada aksi separuh akhir, Khamis.
Fabregas memberi kemenangan kepada Sepanyol menerusi sepakan penalti terakhir pada aksi separuh akhir, Khamis.
Fabregas memberi kemenangan kepada Sepanyol menerusi sepakan penalti terakhir pada aksi separuh akhir, Khamis.

PASUKAN Sepanyol melangkah ke final ketiga kejohanan utama berturut-turut selepas Portugal 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir pertama Euro 2012, di Donetsk awal pagi Khamis.

Selepas pertarungan selama 120 minit berkesudahan seri tanpa jaringan, permainan terpaksa diheret hingga ke aksi penalti.

Aksi penentuan penalti bermula penuh dramatik apabila Xabi Alonso dan Joao Moutinho, selaku penendang pertama untuk pasukan masing-masing gagal dalam cubaan mereka.

Namun sepakan keempat yang diambil pertahanan tengah Portugal, Bruno Alves hanya terkena palang gol dan memberi peluang cerah kepada Sepanyol untuk kelebihan jaringan.

Fabregas menggalas tugas selaku pemain terakhir bagi sepakan kelima memberi fokus ke arah gawang sekali gus tenang menewaskan penjaga gol Portugal, Rui Patricio.

Aksi itu menjadikan ia sama seperti apa yang dilakukannya ketika membantu Sepanyol menyingkirkan Itali pada suku akhir Euro 2008 melalui penentuan sepakan penalti.

Sepanyol, penyandang juara dunia dan Eropah, kini berpeluang melakar sejarah selaku negara pertama menjuarai tiga kejohanan utama berturut-turut sekiranya berjaya pada aksi final 1 Julai ini.

Skuad Vicente del Bosque ini bakal bertemu Jerman ataupun Itali yang bertembung pada satu lagi separuh akhir, awal pagi Jumaat.

Senarai pemain:

Portugal:

12-Rui Patricio; 21-Joao Pereira, 2-Bruno Alves, 3-Pepe, 5-Fabio Coentrao; 16-Raul Meireles, 4-Miguel Veloso, 8-Joao Moutinho; 17-Nani, 9-Hugo Almeida, 7-Cristiano Ronaldo

Sepanyol:

1-Iker Casillas; 17-Alvaro Arbeloa, 15-Sergio Ramos, 3-Gerard Pique, 18-Jordi Alba; 16-Sergio Busquets, 14-Xabi Alonso; 8-Xavi, 6-Andres Iniesta, 21-David Silva; 11-Alvaro Negredo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain