suria

Euro 2012: Pengurus Belanda Bert van Marwijk Letak Jawatan

Van Marwijk meninggal hotel di Krakow selepas pasukannya tewas dalam aksi kumpulan minggu lalu.
Van Marwijk meninggal hotel di Krakow selepas pasukannya tewas dalam aksi kumpulan minggu lalu.
Van Marwijk meninggal hotel di Krakow selepas pasukannya tewas dalam aksi kumpulan minggu lalu.

PENGURUS BELANDA, Bert van Marwijk akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Belanda(KNVB).

Perletakan jawatan pengurus veteran berusia 60 tahun itu yang telah membawa Belanda ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 memang telah dijangkakan berikutan persembahan buruk Belanda pada kejohanan Euro 2012 tanpa mengutip sebarang mata dan tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Perletakan jawatan itu berkuatkuasa serta merta.

Kontrak asal Bert van Marwijk dengan KNVB adalah sehingga 2016.

Bagaimanapun keputusan yang beliau ambil untuk meletakkan jawatan adalah keputusan bersama.

Adalah tidak diketahui apakah pelan Bert van Marwijk seterusnya tetapi dia akan diburu oleh kelab-kelab ternama untuk musim akan datang yang akan bermula dalam tempoh sebulan setengah lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain