suria

Sukma 2012: Skuad Berbasikal Negeri Sembilan Sasar Dua Pingat Emas

SEREMBAN: Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) mensasarkan meraih sekurang-kurangnya dua pingat emas pada Sukan Malaysia Pahang 2012 bulan depan.

Presidennya Datuk Jamlus Aziz berkata sasaran itu dianggap munasabah dengan sandaran 11 pelumba termasuk lima pelumba pelapis kebangsaan pada acara enduran, basikal lasak dan berpasukan lebuh raya.

"Ketika ini, saya amat berpuas hati dengan komitmen semua pelumba dan mereka berada dalam prestasi terbaik," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Katanya kejayaan beberapa pelumba terutama Amirul Anuar Jefri dan Mohd Ekbar Zamanhuri dalam beberapa kejohanan tempatan memperlihatkan petanda positif buat pasukan Negeri Sembilan.

Pasukan Negeri Sembilan dikendalikan oleh dua jurulatih iaitu Shahril Abu Bakar dan Zamzi Muhamad manakala Yunus Ibrahim dilantik sebagai pengurus pasukan.

Negeri Sembilan meraih dua pingat emas dalam acara berbasikal pada Sukma Malaysia Melaka 2010. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain