Kejohanan Wimbledon: Nadal, Murray Mara Ke Pusingan Kedua - Sukan | mStar

Kejohanan Wimbledon: Nadal, Murray Mara Ke Pusingan Kedua

Rafael Nadal
Rafael Nadal

LONDON: Juara dua kali, Rafael Nadal dan pemain harapan British, Andy Murray melangkah ke pusingan kedua kejohanan tenis Wimbledon awal pagi Rabu.

Nadal yang baru menjuarai Terbuka Perancis untuk kali ketujuh, menewaskan pemain Brazil, Thomaz Bellucci 7-6 (7/0), 6-2, 6-3 meskipun ketinggalan 4-0 pada set pertama.

“Ia agak sukar untuk menukar permainan daripada gelanggang tanah liat kepada rumput terutama beberapa bulan lalu saya beraksi hampir semua kejohanan jelajah," katanya.

Pemain pilihan keempat, Murray pula yang melangkah ke separuh akhir tiga tahun berturut-turut mengetepikan cabaran pemain Russia, Nikolay Davydenko 6-1, 6-1 6-4.

“Saya perlu membuat sesuatu untuk kejohanan ini kerana ramai yang memperkatakan mengenai saya," kata Murray. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Super

Artikel Berkaitan

Artikel Lain