suria

Kelayakan AFC B-22: Iran Kalahkan Qatar 2-1

MELAKA: Iran berjaya mengalahkan Qatar 2-1 pada perlawanan Kumpulan C Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 22 (B-22) di Stadium Hang Tuah di sini malam Isnin.

Iran membuka tirai jaringan pada minit ke-28 melalui tandukan Khanzadehdaraby Mohammad Reza, hasil sepakan sudut dari kiri pintu gol.

Gol kedua Iran dihasilkan melalui tendangan kencang dari luar kotak penalti oleh Kaveh Rezaei pada minit ke-31.

Qatar bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan melalui Murad Naji K Hussein pada minit ke-90. - BERNAMA

Artikel Lain