suria

Euro 2012: Rooney Gagal Pamer Aksi Terbaik - Hodgson

Hodgson mengakui pasukannya terlalu bergantung kepada Rooney (kiri).
Hodgson mengakui pasukannya terlalu bergantung kepada Rooney (kiri).
Hodgson mengakui pasukannya terlalu bergantung kepada Rooney (kiri).

KETUA jurulatih England, Roy Hodgson mengakui bahawa Wayne Rooney gagal mempamerkan aksi yang diharapkan ketika perlawanan suku akhir Euro 2012 bertemu Itali pada Isnin.

Bagaimana pun Hodgson sedar tekanan yang dihadapi Rooney selepas tamat penggantungan dua perlawanan dan kembali ke skuad utama The Three Lions.

Selepas menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Ulraine minggu lalu, Rooney dikatakan gagal menunjukkan aksi memuaskan yang menyaksikan pasukan itu tewas 2-4 kepada Itali melalui sepakan penalti.

"Saya rasakan kami terlalu berharap kepadanya. Wayne sudah telah mencuba sebaik mungkin, tetapi dia tidak mendapat sentuhan terbaiknya. Dan saya juga rasakan dia sedar mengenai perkara ini.

"Apabila dia tidak bermain pada perlawanan awal, kami semua percaya yang Wayne Rooney akan membantu kami untuk memenangi kejohanan ini.

"Itu mungkin permintaan keterlaluan kami," kata Hodgson.

Pun begitu Hodgson mengakui situasi tersebut adalah perkara normal bagi pemain terkenal seperti Rooney yang bermain di peringkat tertinggi.

"Adakah kami terlalu mengharapkan Rooney? Ya. Tetapi pasukan lain juga berbuat demikian. Saya rasa Andrea Pirlo bermain dengan teruk, yang mungkin boleh menjejaskan persembahan skuad Itali.

"Apabila berada di tahap ini, kamu pasti mengharapkan pemain akan mempamerkan permainan terbaik, seperti Maradona yang membantu menjuarai Piala Dunia berdasarkan aksinya," tambah Hodgson.

Artikel Lain