suria

Dua Podium Bantu Jazeman Kekal Teraju F3 British

Jazeman masih mendahului kedudukan teratas senarai pelumba British F3.
Jazeman masih mendahului kedudukan teratas senarai pelumba British F3.
Jazeman masih mendahului kedudukan teratas senarai pelumba British F3.

DUA gelaran naib juara dan satu tempat keenam pada pusingan kelima British F3 International Series di Brands Hatch, Kent, England minggu lalu meletakkan Jazeman Jaafar kekal di tangga teratas dalam senarai kedudukan pemandu keseluruhan.

Setakat ini, pelumba 19 tahun dari Malaysia ini mempamerkan aksi cukup bertenaga dengan berada di kedudukan enam pelumba terbaik pada setiap perlumbaan selain tampil konsisten dengan sekurang-kurangnya satu kedudukan podium pada setiap pusingan.

Perlumbaan minggu lalu menyaksikan Jazeman yang beraksi untuk pasukan Carlin bermula baik apabila mencatat masa kelima terpantas di dalam kedua-dua sesi latihan yang berlangsung pada hari Jumaat.

Selepas jenteranya dipertingkatkan, Jazeman mempamer aksi menakjubkan pada sesi kelayakan.

Pada perlumbaan pertama, pelumba di bawah Program Bakat PETRONAS ini bermula dengan baik namun gagal untuk memintas Harvey yang bermula di petak pertama.

Jazeman bersaing untuk berada di kedudukan kedua bersama-sama Alex Lynn yang berada di kedudukan ketiga.

Namun pelumba muda Malaysia itu berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga tamat 22 pusingan perlumbaan.

"Dua kedudukan podium ini begitu bermakna untuk saya terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan.

"Jack (Harvey) mempunyai banyak kelebihan pada perlumbaan kali ini dan saya gagal untuk mengejarnya.

"Dengan aksi baik pada sesi kelayakan, tiga perlumbaan yang cukup cemerlang termasuk catatan masa terpantas pada perlumbaan pertama dan tambahan mata, perlumbaan minggu ini begitu bermakna kepada saya.

"Saya cukup gembira dengan aksi keseluruhan minggu ini dan perlu terus bekerja keras pada perlumbaan akan datang di samping mengharapkan agar lebih banyak kemenangan dapat diraih selepas ini," jelasnya

Selepas ini Jazeman akan menghadapi pusingan keenam British F3 Series yang akan berlangsung di Norisring, Jerman.