suria

Euro 2012: Tugas Saya Belum Selesai : Cole

Cole simpan impian untuk julang kejayaan bersama England.
Cole simpan impian untuk julang kejayaan bersama England.
Cole simpan impian untuk julang kejayaan bersama England.

PEMAIN pertahanan England, Ashley Cole memberitahu karier antarabangsanya masih belum selesai.

Cole yang bakal mengecapi kap ke-98 pada aksi suku akhir bertemu Itali awal pagi Isnin ini di Kiev turut menyimpan impian untuk mara ke final Julai ini.

"Kamu bermain untuk negara sendiri, dan ia sangat menakjubkan. Tetapi apa yang lebih penting, kamu bermain untuk menang.

"Saya tidak pernah menikmati kejayaan bersama negara saya.

"Kami akan mengharungi perlawanan penting Ahad ini (awal pagi Isnin waktu Malaysia) dan berharap mimpi akan jadi kenyataan serta kemenangan menjadi milik saya," katanya.

Ashley Cole, Kiev, England, Itali

Artikel Lain