suria

Dua Gol Alonso Bantu Sepanyol Mara

Alonso meraikan jaringannya.
Alonso meraikan jaringannya.
Alonso meraikan jaringannya.

DONETSK: Dua gol jaringan pemain tengah Xabi Alonso membantu Sepanyol menundukkan Perancis dengan mudah pada aksi suku akhir Euro 2012 di Donbass Arena, awal pagi Ahad.

Juara bertahan itu mempamerkan persembahan menakjubkan dan mencipta beberapa percubaan merbahaya menerusi formasi 4-6-0.

Ia merupakan perlawanan yang tidak akan dilupakan Alonso iaitu penampilan ke-100nya bersama skuad kendalian pengurus Vicente del Bosque.

Kemenangan itu bakal mempertemukan Sepanyol dengan Portugal di peringkat separuh akhir, awal pagi Khamis ini.

Walaupun corak permainan Perancis bertambah baik pada separuh masa kedua, penjaga gawang Sepanyol, Iker Casillas berjaya mematahkan tandukan Debuchy.

Senarai pemain:

Sepanyol: Casillas, Arbeloa, Pique, Ramos, Alba, Busquets, Alonso, Xavi, Silva, Fabregas, Iniesta.

Perancis: Lloris, Reveillere, Rami, Koscielny, Clichy, Debuchy, M'Vila, Cabaye, Malouda, Ribery, Benzema.

Gelanggang: Donbass Arena

Artikel Lain